1st post sudah tentu berkait dengan waktu...tapi aku bukan nak cerita tentang waktu, jam, minit mahupun saat...tetapi sikit fakta tentang sebuah alat 'berhantu' yang selalu kita pakai kat pergelangan tangan kita..
Jam Tangan...
Sebenarnya nie lah kronologi penciptaan dan perkembangan
jam tangan:
1510 - Peter Henlein mereka cipta jam poket pertama.Sebelum jam tangan dicipta,jam poket adalah jam pertama yang diguna pakai
1868 - Patek Philippe menghasilkan jam tangan pertama
1871 - Aaros Dennison dari syarikat jam antarabangsa atau International Watch Company (IWC) menghasilkan jam kalis air pertama
1880 - Girard-Perregaux menghasilkan jam tangan untuk pegawai-pegawai laut diraja Austria
1888 - Cartier menghasilkan jam untuk wanita..siap dengan berlian dan permata untuk meningkatkan nilai estetika jam
1902 - Jam Omega pertama dihasilkan
1902 - 93000 jam tangan dijual di German
1903 - Pencipta jam Omega, Louis Brandt meninggal
1904 - Santos-Dumont,jam tangan terlaris hasil buatan syarikat House of Cartier mula dihasilkan
1911 - Jam tangan Santos-Dumont laris dan meningkat jualannya di pasaran..Nielah jam tangan 2...
1912 - Jam tangan untuk tentera dihasilkan oleh Movado.Jam ini dilengkapi dengan satu lapisan tambahan pada muka jam tangan.
1914 - Jam tangan pertama dilengkapi fungsi alarm dihasilkan oleh Eterna.
1918 - Jam tangan Omega dibekalkan untuk tentera-tentera US
1920 - Audemars mencipta jam tangan 'repeater' terkecil.Jam tangan 'repeater' menggunakan konsep bunyi untuk membezakan jam, minit, dan saat..Contohnya, ding untuk jam,dong untuk minit..
1923 - John Hardwood menghasilkan jam tangan automatik pertama
1925 - Patek Philippe mereka cipta jam dengan fungsi kalendar..
1927 - Jam kalis air pertama Rolex Oyster dihasilkan.(sila rujuk gambar).
1930 - Jam tangan wanita dengan konsep 'baguette' dihasilkan.
1930 - Tissot menghasilkan jam tangan antimagnetik pertama.
1933 - jam tangan pertama untuk kanak-kanak dihasilkan.Dilancarkan oleh Ingersoll dengan design Disneys Mickey Mouse
1933 - Jam tangan Longines digunakan dalam grandprix di Brazil
1936 - Jam tangan Omega mula digunakan secara rasmi dalam sukan Olimpik
1936 - Omega, Breitling dan Hamilton membekalkan jam untuk tentera-tentera US
1945 - Jam tangan Rolex Date sebagai jam tangan pertama yang memaparkan tarikh hari dikeluarkan.(rujuk gambar)
1946 - jam tangan ternipis di dunia(1.64 mm) dihasilkan oleh Audemars Piguet
1947 - jam tangan Russia pertama, Sekonda dihasilkan
1947 - Rolex menghasilkan 'Submariner', jam tangan kalis tekanan
1953 - Lipps menghasilkan jam tangan bateri pertama
1957 - Jam tangan elektrik mula dihasilkan
1966 - jam tangan berfrekuensi tinggi dihasilkan
1969 - Girard- Perregaux menghasilkan jam tangan quartz pertama
1969 - jam tangan Da Vinci dikeluarkan (rujuk gambar)
1969 - Neil Armstrong dengan jam tangan Omega Speedmaster Professional di Bulan dalam misinya ke sana.
1972 - jam tangan LCD pertama buatan Longines dikeluarkan
1976 - jam tangan jenama Maurice Lacroix dikeluarkan.
1978 - Vacheron Constantin Kallista dijual dengan harga $US5,000,000 ..fuhhhhh...tengok gambar pun dah tahu jam nie mahal
1983 - Swatch dilancarkan.
1983 - Rolex Sea Dweller dilancarkan.Jam tangan kalis tekanan terkuat yang sering digunakan oleh penyelam..
1983 - Longines mengeluarkan jam paling tepat dengan kadar kesalahan 1 minit sepanjang 5 tahun
1985 - jam tangan jenama Tag Heuer dihasilkan
1987 - Tissot menghasilkan jam tangan dua sistem yang memaparkan fungsi analog dan digital.
Itulah serba sedikit kronologi pembuatan,perkembangan dan kemajuan dalam industri jam tangan di dunia.Nanti aku update lagi serba sedikit tentang salah satu dari jam di atas untuk bacaan semua..
:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment