Asalnya Si 'Jam'

on Friday, April 2, 2010



Post ke 2 juga berbentuk ilmiah...tapi aku akan cuba dengan gaya yang ala-ala santai..macam situasi aku pergi dengar lecture di mana aku suka menidurkan diri aku dalam kelas Puan Zurina Osman..

Seperti yang anda tahu...ini adalah jam saku...juga merupakan nenek moyang kepada jam-jam yang anda semua tengok kat pasar malam,shopping complex dan kedai-kedai jam tu..

Tapi biarlah aku bagitahu..jam saku nie dulunya

  • Dicipta oleh Peter Henlein(1524) diikuti oleh banyak lagi versi jam saku pada tahun 1528 hinggalah tahun 1575.
  • Mulanya dihasilkan daripada besi dan kemudian diperbuat daripada tembaga.
  • Jam terawal tidak tepat dan hanya mempunyai jarum jam je..jadi si pemakai kena pusing balik jarum jam bile je jarum jam lepas kul 12.
  • Kenape lak cam 2?
  • Sebab masalah jam dulu adalah ia gunakan spring yang akan membengkok bila sudah melebihi satu pusingan(12 jam).Jadi untuk elakkan spring 2 rosak,si pemakai kena putarkan balik jam tu ke belakang..
  • Kemudian masalah ini diatasi dengan menggunakan sistem gear kecil yang disusun untuk berputar dengan kadar yang sepatutnya..2 pun lepas tahun 1780
  • Jam kemudiannya berkembang dan menjadi bahan estetika paling bernilai sekitar tahun 1700..krenye kalau kite ade jam time 2..kita adalah orang yang terhormat..jam pada zaman 2 diukur nilainya dari segi estetikanya.
  • Jam untuk wanita dihasilkan kemudiannya dilengkapi dengan berlian dan permata untuk meningkatkan g nilai estetikanya.
  • 1820-Thomas Prest menemui cara menggerakkan jam dengan sendirinya..dengan menggunakan konsep getaran dan haba..
  • 1848 - Jam Omega dan banyak g syarikat jam ditubuhkan..sekitar 10 tahun kemudian,50000 rakyat Perancis telah memiliki jam
  • 1884 - Greenwich dipilih sebagai Titik Meridian Pangkal dunia, selepas 2 tahun, zon-zon waktu dunia diselaraskan dan diterbitkan..
  • 1900 - Teknologi besi berkembang.Bahan dalam pembuatan gear ditukar ganti kerana besi sensitif dengan perubahan suhu dan tekanan.
  • Sejak tu,semakin banyak jam dihasilkan, kalis tekanan,kalis air..dan yang terbaru jam kalis api..
  • Jam saku diiktiraf sebagai jam antik kini dan menjadi buruan pengumpul barang-barang antik
InsyaAllah post ketiga nanti aku akan tunjukkan serba sedikit jam-jam yang 'unik' dan menjadi buruan penggemar jam tangan di Malaysia..hehe




2 comments:

j0j0_bdiN@ said...

part bile dah pukul 12 kena pusing balik jarum tu memang payah~buatnye diorang lupe habis rosak 1 jam~~

Jam,minit,saat.... said...

2 sebab orang x support pengeluaran jam satu masa dulu...

Post a Comment