Satu pemberitahuan Pengubat Kerinduan

on Thursday, April 8, 2010

Artikel nie pendek je..aku nak jelaskan ke mana aku menghilang 3,4 hari nie..

First sekali blog Jam nak mintak maaf n2k semua follower yang 'berasak-asak' memenuhkan chat box,Cik Jam sekarang sedang dan akan menempuh exam yang berlanjutan selama sebulan..oleh sebab keadaan ini,Cik Jam mungkin terpaksa melepaskan satu nikmat dunia internet iaitu berblog..artikel ini bertujuan untuk memohon maaf kalau Cik Jam ada buat salah dengan semua orang..

Tapi jangan bimbang,Cik Jam dalam persediaan untuk satu artikel yang tidak kurang hebatnya,iaitu tentang Keistimewaan ..........Tajuk Cik Jam rahsiakan untuk kasi saspens,kalau dah gtahu,saspens ke namanya?x kan..

Dan Cik Jam nak ucapkan gudluck kepada semua orang especially Cik Ajwin Ajeera yang bakal menempuh exam x lama lagi...Apa pun,x lama lagi,Cik Jam akan aktif berblog semula..doakan Cik Jam ye teman2..yeahh!!!

Mud sekarang nie..Tik Tok Tik Tok,Waktu makin suntuk...T.T

Horological Machine - (Jam Misteri Dunia)

on Saturday, April 3, 2010

Horological Machine adalah siri jam tangan rekaan Maximilian Busser atau MB..keunikan jam tangan ini terletak pada rekaan dalamannya serta gear retorik yang menggerakkan jam tersebut..dengan sistem mekanisme yang baru,jam ini memberikan kadar ketepatan tertinggi serta mempunyai pelbagai fungsi..Kegunaan sebenar jam ini masih lagi menjadi misteri.

Horological Machine 1(HM1)
Cubaan pertama keluaran yang memberangsangkan..fungsi yang pelbagai serta "7 day power reverse" jam ini membekalkan kuasa gear yang amat efisien serta tahan lasak..Dengan 376 bahagian kecil serta 81 permata jam HM1 menjadi antara jam yang boleh membuatkan aku ternganga kalau Cik Dayah yang bagi...


Horological Machine 2
Sekali pandang 'jam' di atas, mesti susah nak percaya gambar ini adalah jam..Hakikatnya inilah jam berteknologi tinggi yang amat hebat ciptaannya..

Horological Machine No. 2,sesuai dengan namanya, jam ini mempunyai 4 fungsi tambahan yang unik iaitu instantaneous jump hour atau lompatan jam,concentric retrogade minute, sebagai timer, retrogade date untuk tarikh dan bi-hemisphere moon phase.

Wah,canggih betul..diakui sebagai jam terunik rebutan penggemar jam dunia.

Fakta yang amat menarik,jam nie 'murah' ja harganya...$59000 je...mungkin kerana jam nie disalut dengan emas 22 K dan casing titaniumnya..


Horological Machine 3

12 October 2008 - Horological Machine 3(HM3) atau nama sebenarnya..Sidewinder Starcruiser dikeluarkan dengan fungsi yang lebih hebat..Dengan harga $79000, jam ini juga masih menyimpan misteri kegunaanya..rekaan dalaman yang misteri serta rekaan luaran yang elegan amat sesuai dengan kelasnya yang tersendiri...nielah HM3...



So...macam mana?Korang rasa design jam nie out of the box tak?
Hehe..Fikir-fikirkan dan selamat beramal.....

1st Blog Kita Attack...HEHE!!!!

on Friday, April 2, 2010



Aku baru je men blog...tapi follower dah 11 orang..bangga jugak laa..terima kasih daun keladi kepada follower2 aku..kowang memang best sesangat la...enjoy berblog!!Tapi dalam banyak2 follower mesti la aku nak 'tembak' sowang kan...Untuk 3rd post nie...demi 'menghormati' kejujuran mereka yang follow,aku gantikan post jam unik dengan....hehe....

Sasaran 1st kali nie blog dengan tajuk

Ajwin Ajeera

Kat atas 2 gambar cik punya blog....Cik Ajwin

Ajwin nie bak kata kolum About Me die la...xpandai sangat buat keja umah..haha..tapi pandai masak n menjerit..yahh..aku rasa kualiti tu patut ada pada setiap pempuan bakal bergelar ibu(ada gak pempuan x kawin2)...Nape aku tertarik nak komen si Awin nie?Ada sebabnyer....

  1. Muka Cik Ajwin nie sebijik muka member aku kat taman 2..alahai..ngatkan die, rupenye x..haha
  2. Follower Cik Ajwin nie da seribu lebey dah...wah3!!!tapi aku x kisah sgt..follower sikit pun,janji kita ssemua bersatu..yeehaaa!!
  3. Blog die simple tapi banyak info tentang aktiviti die hari-hari dan info-info lain,aku pun tengah belajar nak menulis blog info...bolehkah?
  4. Last sekali,sebab aku nak mintak Cik Ajwin blanja..haha..gurau je la Cik Ajwin...trimas sebab sudi follow blog jam yang kecik nie..haha
Kat bawah nie aku kasik link blog Cik Ajwin
http://ajwinajeera.blogspot.com/

Sekali g gua ucap banyak2 telima kasih sama lu olang yang follow up blog gua, gua still learning ma...ada salah lu olang tegul2 la ya..tanpa lu olang blog gua sunyi sepi looo..haiyaaa..

Dah terjah blog pertama,kita kasik terjah blog kedua lak..haha..nantikan..

Dah2...g semayang zohor lorh...haha

Asalnya Si 'Jam'



Post ke 2 juga berbentuk ilmiah...tapi aku akan cuba dengan gaya yang ala-ala santai..macam situasi aku pergi dengar lecture di mana aku suka menidurkan diri aku dalam kelas Puan Zurina Osman..

Seperti yang anda tahu...ini adalah jam saku...juga merupakan nenek moyang kepada jam-jam yang anda semua tengok kat pasar malam,shopping complex dan kedai-kedai jam tu..

Tapi biarlah aku bagitahu..jam saku nie dulunya

  • Dicipta oleh Peter Henlein(1524) diikuti oleh banyak lagi versi jam saku pada tahun 1528 hinggalah tahun 1575.
  • Mulanya dihasilkan daripada besi dan kemudian diperbuat daripada tembaga.
  • Jam terawal tidak tepat dan hanya mempunyai jarum jam je..jadi si pemakai kena pusing balik jarum jam bile je jarum jam lepas kul 12.
  • Kenape lak cam 2?
  • Sebab masalah jam dulu adalah ia gunakan spring yang akan membengkok bila sudah melebihi satu pusingan(12 jam).Jadi untuk elakkan spring 2 rosak,si pemakai kena putarkan balik jam tu ke belakang..
  • Kemudian masalah ini diatasi dengan menggunakan sistem gear kecil yang disusun untuk berputar dengan kadar yang sepatutnya..2 pun lepas tahun 1780
  • Jam kemudiannya berkembang dan menjadi bahan estetika paling bernilai sekitar tahun 1700..krenye kalau kite ade jam time 2..kita adalah orang yang terhormat..jam pada zaman 2 diukur nilainya dari segi estetikanya.
  • Jam untuk wanita dihasilkan kemudiannya dilengkapi dengan berlian dan permata untuk meningkatkan g nilai estetikanya.
  • 1820-Thomas Prest menemui cara menggerakkan jam dengan sendirinya..dengan menggunakan konsep getaran dan haba..
  • 1848 - Jam Omega dan banyak g syarikat jam ditubuhkan..sekitar 10 tahun kemudian,50000 rakyat Perancis telah memiliki jam
  • 1884 - Greenwich dipilih sebagai Titik Meridian Pangkal dunia, selepas 2 tahun, zon-zon waktu dunia diselaraskan dan diterbitkan..
  • 1900 - Teknologi besi berkembang.Bahan dalam pembuatan gear ditukar ganti kerana besi sensitif dengan perubahan suhu dan tekanan.
  • Sejak tu,semakin banyak jam dihasilkan, kalis tekanan,kalis air..dan yang terbaru jam kalis api..
  • Jam saku diiktiraf sebagai jam antik kini dan menjadi buruan pengumpul barang-barang antik
InsyaAllah post ketiga nanti aku akan tunjukkan serba sedikit jam-jam yang 'unik' dan menjadi buruan penggemar jam tangan di Malaysia..hehe




Jam Mula BerdetiK

on Thursday, April 1, 2010



Add Image








1st post sudah tentu berkait dengan waktu...tapi aku bukan nak cerita tentang waktu, jam, minit mahupun saat...tetapi sikit fakta tentang sebuah alat 'berhantu' yang selalu kita pakai kat pergelangan tangan kita..

Jam Tangan...

Sebenarnya nie lah kronologi penciptaan dan perkembangan
jam tangan:

1510 - Peter Henlein mereka cipta jam poket pertama.Sebelum jam tangan dicipta,jam poket adalah jam pertama yang diguna pakai

1868 - Patek Philippe menghasilkan jam tangan pertama

1871 - Aaros Dennison dari syarikat jam antarabangsa atau International Watch Company (IWC) menghasilkan jam kalis air pertama

1880 - Girard-Perregaux menghasilkan jam tangan untuk pegawai-pegawai laut diraja Austria

1888 - Cartier menghasilkan jam untuk wanita..siap dengan berlian dan permata untuk meningkatkan nilai estetika jam

1902 - Jam Omega pertama dihasilkan
first omega watch Pictures, Images and Photos

1902 - 93000 jam tangan dijual di German

1903 - Pencipta jam Omega, Louis Brandt meninggal

1904 - Santos-Dumont,jam tangan terlaris hasil buatan syarikat House of Cartier mula dihasilkan


1911 - Jam tangan Santos-Dumont laris dan meningkat jualannya di pasaran..Nielah jam tangan 2...

1912 - Jam tangan untuk tentera dihasilkan oleh Movado.Jam ini dilengkapi dengan satu lapisan tambahan pada muka jam tangan.

1914 - Jam tangan pertama dilengkapi fungsi alarm dihasilkan oleh Eterna.

1918 - Jam tangan Omega dibekalkan untuk tentera-tentera US

1920 - Audemars mencipta jam tangan 'repeater' terkecil.Jam tangan 'repeater' menggunakan konsep bunyi untuk membezakan jam, minit, dan saat..Contohnya, ding untuk jam,dong untuk minit..

1923 - John Hardwood menghasilkan jam tangan automatik pertama

1925 - Patek Philippe mereka cipta jam dengan fungsi kalendar..

1927 - Jam kalis air pertama Rolex Oyster dihasilkan.(sila rujuk gambar).

1930 - Jam tangan wanita dengan konsep 'baguette' dihasilkan.

1930 - Tissot menghasilkan jam tangan antimagnetik pertama.

1933 - jam tangan pertama untuk kanak-kanak dihasilkan.Dilancarkan oleh Ingersoll dengan design Disneys Mickey Mouse

1933 - Jam tangan Longines digunakan dalam grandprix di Brazil

1936 - Jam tangan Omega mula digunakan secara rasmi dalam sukan Olimpik

1936 - Omega, Breitling dan Hamilton membekalkan jam untuk tentera-tentera US

1945 - Jam tangan Rolex Date sebagai jam tangan pertama yang memaparkan tarikh hari dikeluarkan.(rujuk gambar)


1946 - jam tangan ternipis di dunia(1.64 mm) dihasilkan oleh Audemars Piguet

1947 - jam tangan Russia pertama, Sekonda dihasilkan

1947 - Rolex menghasilkan 'Submariner', jam tangan kalis tekanan

1953 - Lipps menghasilkan jam tangan bateri pertama

1957 - Jam tangan elektrik mula dihasilkan

1966 - jam tangan berfrekuensi tinggi dihasilkan

1969 - Girard- Perregaux menghasilkan jam tangan quartz pertama

1969 - jam tangan Da Vinci dikeluarkan (rujuk gambar)


1969 - Neil Armstrong dengan jam tangan Omega Speedmaster Professional di Bulan dalam misinya ke sana.

1972 - jam tangan LCD pertama buatan Longines dikeluarkan

1976 - jam tangan jenama Maurice Lacroix dikeluarkan.

1978 - Vacheron Constantin Kallista dijual dengan harga $US5,000,000 ..fuhhhhh...tengok gambar pun dah tahu jam nie mahal


1983 - Swatch dilancarkan.

1983 - Rolex Sea Dweller dilancarkan.Jam tangan kalis tekanan terkuat yang sering digunakan oleh penyelam..

1983 - Longines mengeluarkan jam paling tepat dengan kadar kesalahan 1 minit sepanjang 5 tahun

1985 - jam tangan jenama Tag Heuer dihasilkan

1987 - Tissot menghasilkan jam tangan dua sistem yang memaparkan fungsi analog dan digital.

Itulah serba sedikit kronologi pembuatan,perkembangan dan kemajuan dalam industri jam tangan di dunia.Nanti aku update lagi serba sedikit tentang salah satu dari jam di atas untuk bacaan semua..

:)